Wednesday, December 6, 2017

Tambang Bas Sekolah 2018 di jangka naik sedikit...

Tambang Bas Sekolah 2018 di jangka naik sedikit...

IPOH: Tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2018 yang akan bermula Januari depan berkemungkinan besar akan dinaikkan berikutan peningkatan pelbagai kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak pengusaha.

Tambang Bas Sekolah 2018
Tambang Bas Sekolah 2018



Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan lagi berikutan pengusaha terpaksa menampung kos operasi yang semakin tinggi, terutama yang membabitkan kos baik pulih kenderaan yang semakin meningkat serta harga minyak yang tidak menentu.

"Jadi, kami menjangkakan kemungkinan akan ada kenaikan sebanyak RM10 bagi tambang bas di kawasan luar bandar dan RM20 bagi tambang bas sekolah dalam bandar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia Kali Ke-6 yang di Dewan Orang Ramai Taman Meru di sini, hari ini.

sumber : BHOnline

1 comments so far


EmoticonEmoticon