Monday, November 27, 2017

Permohonan BR1M 2018 mula di buka hari ini

Permohonan BR1M 2018 mula di buka hari ini


KUALA LUMPUR 24 Nov. - Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dibuka mulai Isnin27 November 2017 sehingga 31 Disember ini.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2018 ( BR1M 2018 )
Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2018 ( BR1M 2018 )




Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, berkata permohonan dan kemas kini maklumat itu boleh dilakukan secara manual atau dalam talian melalui portal rasmi BR1M di


Bagi permohonan secara manual, borang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi Bandar LHDN.

"Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BR1M di http://bit.ly/checkbrim ," katanya.

Kementerian juga berkata pasangan kepada penerima BR1M tahun lepas yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun lepas perlu membuat permohonan baru bagi BR1M 2018.


Bagi penerima sedia ada, pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi Whatsapp dan media sosial yang lain.

"Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018 yang diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui lama sesawang http://bit.ly/checkbrim

"Kerajaan juga berharap dengan pemberian BR1M 2018 ini, serba sedikit dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat," menurut kementerian berkenaan.

SUMBER - BERNAMA


EmoticonEmoticon