Tuesday, February 16, 2016

Hati Hati bila anda keluar dari pintu Giant Batu Caves...

Tags

Giant Batu Caves : Hati Hati bila anda keluar dari pintu shopping complex ini



Hamidi zamri menulis

Baru sahaja membantu seorang mangsa ragut di tempat letak kenderaan Giant Batu Caves. Mangsa seorang lelaki India lingkungan 50an. Rasa malu sebab peragutnya juga adalah MELAYU!
Modus operandi, peragut menaiki motor telah target 'aim' anda di pintu keluar Giant. Kemudian perlahan-lahan dengan motornya mengikuti anda ke kereta anda. Setelah anda agak leka, peragut menuju ke arah anda & meragut barangan anda seperti rantai leher, beg tangan, beg laptop & lain2 yang mudah disambar. Dalam masa 3-5 saat selesai.
Seperti tadi, mangsa telah diragut rantai lehernya. Mangsa sempat bergelut, namun terlepas. Habis luka di tapak tangan, lutut & hidung.
Saya sedang mendukung Hanzalah, jika tidak pasti sekurang-nya saya nak sepak jatuh peragut tersebut.
Oleh itu, pesanan saya..jika keluar daripada pintu pasaraya,.fokus keadaan sekeliling. Mungkin ada yang mencurigakan. Jangan leka dengan henset & lain2. Kita mungkin menjadi mangsa ragut seterusnya.


jadi berhati hati semua.


EmoticonEmoticon