Tuesday, January 19, 2016

Apakah itu Kolestrol baik dan Kolestrol jahat ?

Apakah itu kolesterol?

kolestrol jahat
Apakah itu Kolestrol ?


Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Badan kita memperoleh kolesterol daripada makanan yang bersumberkan haiwan di samping menghasilkan kolesterol sendiri di bahagian hati. Molekul kolesterol diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein, terdapat dua jenis kolesterol yang utama iaitu:

"Kolestrol jahat"

Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) berkecenderungan dimendakkan dalam saluran darah yang menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

"Kolestrol Baik"

Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) mencegah penyempitan saluran darah jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung.



Jika anda membaca artikel ini usia anda masih muda dan anda masih kuat... JAGA LAH PEMAKANAN SEHARIAN ANDA. Makan seimbang, dan berkhasiat. Mahal sedikit tidak mengapa, kerana apabila sakit kelak, kos perubatan yang perlu di belanjakan untuk menjaga kesihatan adalah sangat mahal !!

hargailah kesihatan diri sendiri.


EmoticonEmoticon