Tuesday, November 17, 2015

Bahayanya Kekurangan Vitamin C

Apa itu skurvi ??

Skurvi adalah penyakit yang bukanlah asing, dan ia berpunca daripada kekurangan vitamin C.

Bagi mereka yang tidak gemar makan buah-buahan atau sayur-sayuran, selain tidak mengambil suplemen vitamin C, mereka tetap boleh terdedah kepada skurvi sekiranya keadaan itu dibiarkan dalam tempoh yang lama.

Bagaimana mahu mengelakkan dari kekurangan Vitamin C ini ?

Dengan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran atau makanan yang ditambah vitamin C setiap hari, seseorang dapat mengelak daripada mengalami penyakit skurvi. Kandungan vitamin C dalam tubuh boleh kehabisan dalam tempoh satu hingga tiga bulan dan ia perlu ditambah dari masa ke masa.
Penyakit itu dikesan berlaku sejak zaman purba lagi apabila rekod menunjukkan masyarakat Mesir seawal 1550 sebelum Masihi mengalami simptom skurvi.


Kenapa anda mesti sedar bahawa pentingnya Vitamin C pada diri anda.


Pengetahuan mengenai kandungan vitamin C dalam makanan penting kerana ia boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan badan seseorang. Manusia mendapat 90 peratus jumlah vitamin C daripada sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi kandungan vitamin C dalam makanan berkenaan boleh berkurangan sehingga 40 peratus apabila ia dimasak.

Pada masa sama, vitamin C yang juga dikenali sebagai asid askorbik mudah teroksida dan simpanan di dalam tubuh pula banyak digugat oleh faktor alam sekitar dan gaya hidup seperti merokok serta keadaan biologikal seperti keradangan atau mengambil zat besi secara berlebihan.


Kenapa adalah sangat penting anda pastikan anda tidak kekurangan Vitamin C ini !

Faktor lain yang membawa kepada kekurangan vitamin C adalah sikap jahil mengenai pemakanan apabila ada yang mendidihkan jus buah, menyekat sesetengah makanan dalam diet, alahan ataupun mengalami masalah mengambil makanan secara oral.

Skurvi ( Kekurangan Vitamin C ini boleh menyebabkan  )

seseorang berasa lemah,
mengalami kerosakan gigi,
tulang rapuh,
penghasilan kolagen terjejas,
kekurangan darah,
pendarahan pada gusi dan sekitar liang roma selain bulu roma berkerinting.


kurang vitamin c
Kekurangan Vitamin C

Selain masalah pemakanan yang tidak seimbang, penyakit skurvi turut berlaku kepada pesakit anoreksia, mental, buah pinggang serta barah atau mereka yang mengelak makanan berasid.
Kematian secara mengejut boleh berlaku dalam kalangan pesakit skurvi, oleh itu memastikan vitamin C sentiasa cukup dalam diet adalah kunci utama rawatan.

Apabila dirawat dengan betul, skurvi adalah penyakit yang mudah sembuh. Semua masalah berkaitan skurvi akan sembuh dalam masa beberapa minggu sekiranya mendapat dos tepat untuk menampung semula simpanan vitamin C di dalam tubuh.

Sebaik pesakit skurvi diberikan dos vitamin C yang cukup, pendarahan secara spontan akan berhenti dalam masa sehari, sengal otot dan tulang akan hilang dengan cepat, pendarahan dan kesakitan gusi akan pulih dalam tempoh antara dua ke tiga hari dan perubahan warna kulit akibat pendarahan pula pulih secara perlahan-lahan dalam tempoh 12 hari.
Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah buah-buahan sitrus terutamanya limau gedang dan lemon, buah beri, tembikai susu dan sayur-sayuran termasuk brokoli, bayam, lada hijau, tomato, kentang serta kubis.


Kenapa Mesti kita mengambil juga makanan yang ber vitamin C

Tubuh manusia tidak mempunyai kemampuan untuk menghasilkan vitamin C dan ia perlu dimasukkan di dalam diet melalui pengambilan makanan yang kaya vitamin C.

Jadi didiklah diri kita sendiri agar senantiasa memastikan agar kita tidak mengabaikan pengambilan Vitamin C ini. lebih lebih lagi yang kanak kanak tu.


KENAPA KITA MESTI MULAKAN MENGAMBIL VITAMIN C INI SEKARANG :

orang lama lama kata lebih baik mencegah dari mengubati. anda bayang berapa kos perubatan sekiranya fungsi-fungsi penting ini tidak dapat berjalan dengan baik ?

jadi mulakan langkah pencegahan dari sekarang. murah jer vitamin c shaklee ini. yang penting ia natural supplement ! tiada bahan bahan terlarang.


EmoticonEmoticon