Friday, March 20, 2015

Buat baik mesti sembunyi-sembunyi ? salah ker bagitau ?

BUAT KEBAIKAN JANGAN NYATAKAN? 



Baca ayat ini....

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu, maka yang demikian adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan, Allah Maha ALLAH MAHA MENGETAHUI SECARA MENDALAM AKAN APA YANG KAMU LAKUKAN.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 271)

Jika baca betul-betul ayat di atas, menyatakan dengan tidak menyatakan kedua-duanya baik sahaja. Bila kita nampakkan ia boleh mempromosikan kebaikan dan menjadi contoh untuk orang lain juga buat kebaikan. Jika kita diamkan dia juga baik kerana akhirnya niat dan tujuan dalam hati kita ALLAH SAHAJA YANG TAHU SECARA MENDALAM (saya tulis bold di atas lagi). Saya tak berbuat kerana mengharap pahala tetapi hanya redho Allah sahaja. Kalau ada orang nak mansuhkan pahala saya, tak apa...saya belanja dia ambik lah pahala itu. Akhirnya syurga itu kita dapat bukan dengan pahala tadi tetapi dengan redho Allah.

Dalam urusan mempromosikan kebaikan yang anda buat, jangan jumud kerana itu juga sangat baik. Ajak orang kepada kebaikan itu lebih jelas dan lebih efektif melalui "Suri Tauladan". Nabi diturunkan juga untuk menjadi suri tauladan kepada manusia. Bagaimana orang boleh lihat suri tauladan baginda jika tidak ditunjukkan kebaikan yang dilakukan?

Akhirnya...ALLAH MAHA MENGETAHUI SECARA MENDALAM AKAN APA YANG KAMU LAKUKAN.

Ok...cuma di Facebook ni ramai orang nak jadi "Allah". Bila kita promosikan kebaikan dan kebajikan mereka akan jatuhkan hukum terus menerus dengan hukum riak, ujub dan sebagainya.


EmoticonEmoticon

:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:o
:>)
(o)
:p
:-?
(p)
:-s
8-)
:-t
:-b
b-(
(y)
x-)
(h)