Friday, January 16, 2015

Nak Jadi Best Student ? Ikut Tips Ini


Ini ada suatu cerita. Ia cerita lama. Tapi...

In sha Allah, akan kekal relevan sampai bila-bila.

This is going to be one hell of a long read. Lullaby eh.

Semasa saya belajar di UIA, tiada senior/graduan yang cemerlang datang semula untuk share bagaimana caranya mereka belajar.

Saya paksa diri saya belajar cara untuk belajar. Hard way.

Sejak beberapa sem lepas, saya turun ke UIA pada awal sem, buat kelas intensif bagaimana untuk 'kick arse' dalam pelajaran di universiti. Beratus pelajar telah mendaftar.

Selingan: Saya second best student dalam batch saya (Communication Engineering). Saya mantan presiden kepada 2 buah persatuan. Sempat talaqqi dengan beberapa sheikh di UIA. Saya dapat offer kerja dengan sebuah MNC (Huawei) sebelum habis belajar. Saya dapat scholarship untuk sambung belajar. Saya kawin semasa belajar. Saya dapat offer kerja sebelum habis belajar post-grad. Sekarang saya kerja di sebuah GLC di KL, dan pada masa having fun being a serial entrepreneur.
Sem ini, saya tak sempat nak adakan sesi sharing. Maka saya perturunkan di sini segala petua amalan maknenek untuk cemerlang di universiti.

Kopipes, baca hari-hari, perturunkan ke anak cucu anda.

Kisah bermula....
######

Berikut adalah 4 prinsip utama yang diamalkan. Ada yang ini, in sha Allah cemerlang dalam pelajaran atau pekerjaan.

1. Peka
2. Kawal
3. Rancang
4. Tahsin

~~~~~~~~~~~~
# Peka
Peka dengan semua tanggungjawab – dari segi akademik (tarikh hantar tugasan, tarikh ujian dll) dan bukan akademik (tarikh akhir hantar borang biasiswa, tarikh program penting, tarikh bertunang dll)
Tulis segalanya dalam satu buku (Jangan gunakan diari. Gunakan organizer yang ringkas, mudah dibawa ke mana-mana.)
Letak hierarki kepentingan – kurang penting, penting, sangat penting. Kerana boleh jadi dalam satu hari akan ada banyak yang clash, maka yang kurang penting boleh diketepikan/ditunda ke hari lain.
Rancang tugasan-tugasan penting yang berkaitan dengan perkara di atas. Tulis sebagai checklist. Contohnya, Perkara maha penting: Tugasan A. Bahan-bahan untuk tugasan penting boleh mula dikumpul 7~8 minggu sebelum tarikh hantar. Tugasan boleh mula dibuat 5~6 minggu.
Ambil tindakan. Jangan sekadar tulis, tapi kena buat.
~~~~~~~~~~~~~~~~
# Kawal
Pastikan kita sentiasa dalam kawalan. Rujuk organizer dan buat penilaian.
Rancang dan buat. (Ulangan point dari # Peka).
Pecahkan projek besar kepada sub-projek yang lebih kecil. Lebih senang dan nampak kurang mengerikan.
Kenalpasti apa yang ingin dilakukan dan bila akan dilakukan. Hadkan masa, hindari gangguan, tutup telefon bimbit, putuskan sambungan internet. Guna teknik 'diari masa' (akan diterangkan di bawah) dan buat di tempat yang tidak ditemui orang seperti ceruk library atau kelas kosong.
Buat penilaian (muhasabah) ke atas hasil.
#@To-do list dan had/blok waktu.
------------------------------------
1. Senaraikan perkara yang perlu dibuat.
2. Tengok jadual waktu kelas.
3. Slotkan senarai mengikut waktu luang.
#@Jadual tetap
------------------------
1. Mulakan tugasan/bacaan seawal mungkin. 'Masih lagi awal sem' adalah mentera-mentera menuju kegagalan.
2. Katakan 'takmau' kepada semua, melainkan perkara yang penting dan menarik
3. Jangan jadi lalang.
4. Sepertimana drama bersiri di TV, tugasan kita mestilah juga bersiri. Buat latihan/tugasan/bacaan dengan kerap pada masa yang tetap. Contoh, lepas isyak sampai pukul 11 adalah masa homework/latihan. Jangan ada urusan lain pada masa ini.
5. Jadi ghaib waktu study. Hilangkan diri ke tempat yang kita boleh belajar dengan aman.
6. Kumpulkan tugasan kurang penting dan tidak mendesak supaya boleh dibuat dalam satu batch. Contohnya, periksa dan balas emel hanya sekali sehari. Hadkan masa 1 jam untuk ini.
#@Teknik Leverage Masa
--------------------------------
Pada malam exam, kita study atau menonton drama bersiri? Kita merasakan masa semasa musim peperiksaan adalah amat berharga dan menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk ulangkaji.
Setiap saat dicipta Tuhan tidak sama. Ada yang kita rasa sangat lama untuk masa berganjak. Ada yang kita rasa sangat sebentar tanpa sedar.
Belajar pada waktu belajar, main pada masa main. Pengalaman peribadi, ada sahabat yang menonton filem dan bermain game hampir setiap malam dan hanya mula belajar 2~3 sebelum peperiksaan, 20 jam sehari. Penuh tekanan dan sangat stress! Peperiksaan ditempuh dengan penuh debar, dan cuti semester diisi dengan perasaan gundah tentang keputusan yang bakal diterima.
Bandingkan pula rakan yang bermula dari awal, tenang semasa peperiksaan dan memenuhi waktu cuti semester dengan santai tanpa memikirkan keputusan peperiksaan.
#@Teknik pengurusan masa – 'Diari Waktu'
-------------------------------------
Sebenarnya, kita belajar/bekerja kurang dari apa yang kita sangka. Ramai orang kelihatan macam study, tetapi sebenarnya langsung tidak. Teknik ini dapat membantu untuk study tanpa nampak 'macam study'.
Buat jadual yang mempunyai kriteria berikut:
1. Topik
2. Subtopik
3. Waktu mula
4. Waktu tamat
5. Kesimpulan
6. Faedah/Forecast
Teknik ini saya gunakan sampai sekarang – di alam pekerjaan. Banyak membantu saya muhasabah dan mengawal masa yang saya luangkan untuk sesuatu tugasan.
~~~~~~~~~~~
# Rancang
1. Sentiasa ada rancangan yang jelas – dan jalan menuju kepadanya.
2. Laksanakan rancangan berdikit-dikit.
3. Hindari 'macam buat kerja', tapi betul-betul buat kerja. Boleh diatasi dengan kaedah 'diari waktu'.
4. Ambil nota dengan bijak (akan dibincangkan). Compare nota dengan rakan-rakan.
5. Rehat sebelum peperiksaan. Pastikan kita sudah bersedia sepenuhnya sekurang-kurangnya 2 hari sebelum peperiksaan.
#@Teknik ambil nota
--------------------------
Pada awalnya, saya menggunakan teknik peta minda. Kemudian saya dapati saya menghadapi kesukaran menyusun kembali idea-idea yang ada dan nota menjadi bercelaru. Kalau teknik peta minda sesuai dengan anda, dipersilakan.
1. Dari buku/bacaan
Jangan berhenti membaca selagi belum habis artikel/jurnal. Sambil baca, bulatkan diruang kosong kiri atau kanan untuk poin-poin penting dan 'tik' atau tanda 'rait' untuk ayat sokongan.
Bila dah habis baca, semak kembali yang bulat dan tik tadi, olah semula dalam buku nota dengan ayat sendiri.
Buat deduksi sendiri berkenaan apa yang penulis mahu sampaikan.
2. Dari ucapan (ada lecturer yang kerja dia bercakap sahaja)
Belajar menulis dengan ringkas (trengkas atau buat formula sendiri). Saya buat formula ringkasan sendiri.
~~~~~~~~~~~~
# Tahsin (penambahbaikan)
Teknik-teknik di atas tidak semuanya boleh dipakai untuk semua subjek. Kita sendiri perlu mengubahsuai mengikut kesesuaian. Ubah, perbetul, nilai semula. Ambil yang elok, buang yang tidak perlu.
Pesanan ramai professor saya, dan saya sampaikan kepada tuan: "Beri perhatian kepada kefahaman terhadap ilmu, bukan GPA."
~~~~~~~~~~~~~~~
# Bonus - Dos minima
Ada sesetengah subjek yang saya tidak suka, saya kurangkan masa ulangkaji. Dengan ini, saya dapat luangkan masa yang lebih untuk subjek-subjek yang saya minat.
Sila fahami hakikat ini:
Ada subjek yang kita sangat faham dan suka, tapi kita takkan dapat A.
Ada subjek yang kita tak berapa gemar, tapi kita akan dapat A.
Nanti bila kita melangkah ke alam pekerjaan, kita akan dapat lihat kenapa Tuhan jadikan tuah badan kita begitu.


####

Penutup:
Terima kasih kerana baca sampai sini.
Rumah saya tidak jauh dari UIA, dan saya selalu makan di cafe Ali atau HS. Jika terjumpa, tegur-tegurlah. Mungkin kita boleh sit down sembang-sembang pasal entrepreneurship atau alam pekerjaan atau alam bunian atau....
Boleh PM saya untuk apa-apa soalan. Boleh juga tanya apa sahaja di ruangan komen. Tag nama saya, takut-takut saya terlepas pandang.

Andai bermanfaat, sila share.

Untuk kekalkan posting ini di atas dan memberi manfaat kepada pembaca yang lain, sila komen apa sahaja di ruangan komen.




Tuan puan boleh sahaja "menggoogle" tuan punya badan ini di facebook search. tuan mungkin tidak dapat lagi add friend beliau kerana kuota friend request facebook nya telah penuh.... tetapi tuan masih boleh follow facebook beliau.

1 comments so far

Nice tips!!Hope u are willing to share more of them :))


EmoticonEmoticon