Kali ini Kami ingin berkongsi mengenai kelebihan menyusukan anak yang mana di ambil dari sebuah blog.
Penyusuan
susu ibu ini ada banyak kelebihan yang tersurat dan tersirat. Malah penyusuan
susu ibu sebenarnya adalah pendidikan terawal yang diterima oleh anak. Peranan
mendidik anak melalui proses penyusuan ini hanya dianugerahkan oleh Allah S.W.T
kepada kaum wanita kerana naluri keibuan dan sifat penyayang yang ada dalam
diri seorang wanita.
Secara azalinya, seorang bayi
mempunyai naluri yang kuat untuk menyusu dari payudara ibunya. Penyusuan susu
ibu apabila dimulakan sebaik kelahiran memberi manfaat besar kepada kesihatan
(jasmani) dan rohani bayi kecil tadi. Dari sudut kesihatan kolostrum memberi
antibodi yang amat diperlukan bayi untuk ketahanan diri di awal-awal kelahiran.
Dari sudut rohani pula, bayi akan rasa selamat dan dilindungi setelah melalui
saat-saat getir kelahiran. Malah bayi akan segera merasakan kasih sayang si ibu
dalam dunia asing yang serba baru baginya.
Maka sebab itulah, penyusuan
susu ibu adalah kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas seorang
wanita bergelar ibu (jika ibu sememangnya berkemampuan untuk menyusukan anak).
Ketetapan ini telah disebutkan di dalam firman Allah dalam Surah Al-Baqarah
Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama 2 tahun penuh,
iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”
Malah Rasulullah S.A.W pernah
bersabda,
” Dan tidak ada seorang pun perempuan yang hamil dari suaminya,
kecuali ia berada dalam naungan Allah azza wa jalla, sampai ia merasakan sakit
kerana melahirkan, dan setiap rasa sakit yang ia rasakan pahalanya seperti
memerdekakan seorang hamba yang mukmin. Jika ia telah melahirkan anaknya
dan menyusuinya, maka tak ada setitis pun air susu yang dihisap oleh anaknya
kecuali ia akan menjadi cahaya yang memancar di hadapannya kelak di hari
kiamat, yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu
hingga yang kemudian. Selain itu ia dicatat sebagai seorang yang berpuasa, dan
sekiranya puasa itu tanpa berbuka nescaya pahalanya dicatat seperti pahala
puasa dan qiyamullail sepanjang masa. Ketika ia menyapih (cerai susu) anaknya
Allah Yang Maha Agung sebutan-Nya berfirman: ‘Wahai perempuan, Aku telah
mengampuni dosa-dosamu yang lalu, maka perbaruilah amalmu.”
(Mustadrak
Al-Wasail 2: bab 47, hlmn 623)
Subhanallah betapa mulianya ibu
yang menyusukan anak ni. Betapa besarnya pahala yang diberikan oleh Allah S.W.T
buat ibu-ibu yang menunaikan kewajipan untuk menyusukan anak. Malah saya pernah
mendengar ceramah seorang ustaz di masjid, memberitahu begini
seorang ibu WAJIB menyusukan anaknya jika dia berkemampuan (mampu hasilkan susu) dan adalah berdosa besar jika si ibu sengaja tidak mahu menyusukan anaknya sehingga cukup 2 tahun tanpa alasan.
Malah dalam riwayat lain ada diceritakan dengan terperinci bahawa salah satu seksa kubur adalah wanita yang sengaja tidak mahu menyusukan anaknya. Dalam hadis terdahulu ada disebutkan Rasulullah S.A.W. bersabda
“Lalu dia mengajakku pergi dan aku mendapati kaum wanita yang
dipikul payudaranya. Aku bertanya, “Ada apa dengan mereka?”. Ia menjawab,
“Mereka adalah wanita-wanita yang tidak mahu menyusukan anaknya”.
Begitulah pentingnya kewajipan
menyusukan anak menurut perspektif Islam dan betapa azabnya balasan bagi
ibu-ibu yang sengaja tidak mahu menyusukan anak. Saya pernah berjumpa dengan
beberapa orang ibu semasa buat check-up anak dan mereka terkejut saya masih
fully breastfeed baby. Mereka dah lama stop sebab katanya leceh bila dah
bekerja. Nak kena pump la. Jadi senang bagi formula je. Itu terpulanglah
pendapat ibu masing-masing kan. Bukan hak saya untuk menilai orang. Tapi sabda
Rasulullah di atas sudah cukup untuk menggambarkan betapa wajibnya ibu untuk
berusaha menyusukan anak selagi mampu.
Bagi saya pengalaman pertama
menyusukan anak adalah saat-saat terindah saya sebagai seorang ibu. Pertama
kali menyusukan Irdina selepas bersalin, saat matanya memandang saya, memang
menitis air mata. Ketika itu jugalah baru saya sedar dan faham betapa kasihnya
ibu saya kepada saya kerana akhirnya saya sendiri dapat merasakan kasih sayang
antara ibu dan anak. Perasaan kasih dan sayang itu akan sentiasa terbit setiap
kali saya menyusukan baby.
rujukan credit khas kepada. lifefit
EmoticonEmoticon