Walaupun anak-anak
ini kelihatan begitu lena, ia tidak menjamin bahawa mereka akan terus lena sehingga ke pagi. Pasti akan tersedar di tengah-tengah malam di kala suami isteri syiok untuk bersama..... JADI WASPADA !!
Pendidikan seks, apa yang anda fikirkan apabila
disebut perkataan ini? Ramai yang rasa ia adalah satu perkara yang lucah dan
memalukan. Namun, ketika saya ingin menulis tentang mengasingkan anak tidur
dari ibu bapa, saya menyelak buku Pendidikan Anak-Anak Islam tulisan Dr Nasih
Ulwan. Saya dapati, Dr Nasih Ulwan telah menerangkan tentang perkara terbut di
dalam satu bab yang panjang iaitu bab pendidikan seks.
Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan seks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini.
Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzinaan, pembuangan anak, seks di luar tabii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam, saya merasakan bahawa pendidikan seks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil
Memetik sebuah ayat alquran dari surah An-Nur ayat 58
“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya. (Itulah) tiga 'aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan seks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini.
Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzinaan, pembuangan anak, seks di luar tabii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam, saya merasakan bahawa pendidikan seks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil
Memetik sebuah ayat alquran dari surah An-Nur ayat 58
“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya. (Itulah) tiga 'aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Daripada ayat di atas, Allah telah membimbing tentang asas pendidikan di dalam rumah. Maka sejak kecil lagi, anak-anak mestilah dibiasakan untuk meminta izin, pada masa-masa dimana seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk bersama-sama, supaya anak-anak kecil ini tidak terserempak dengan sesuatu keadaan yang dia tidak sepatut melihatnya.
Adab ini mestilah diajar kepada anak-anak
sebelum umur baligh mereka dan mereka mestilah mememinta izin dalam tiga
keadaan iaitu
I. Di
waktu sebelum sembahyang subuh kerana pada ketika itu manusia sedang tidur di
atas tempat peraduan mereka
II. Di
waktu tengah hari, kerana manusia mungkin sedang menanggalkan pakaiannya ketika
itu, dan sedang duduk bersama-sama isterinya
III. Di
waktu sesudah sembahyang isyak kerana waktu itu adalah waktu tidur dan waktu
berehat
Sekiranya anak-anak sudah baligh dan cukup
akal, maka wajiblah kepada para ibu bapa dan pendidik untuk mengajar
mereka meminta izin pada ketiga-tiga waktu tersebut sesuai dengan firman Allah
yang bermaksud
“Dan apabila anak-anakmu telah sampai
umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang
sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Anak-anak kecil sebelum baligh lagi sudah diarahkan untuk meminta izin untuk memasuki bilik tidur, jadi bagi ibu bapa, peraturan ini perlulah dilaksanakan di dalam rumahtangga. Maka, pengasingan bilik tidur antara anak-anak dan ibu bapa perlulah dibuat sejak anak-anak kecil. Jika masih tidur sebilik, bagaimanakah kita dapat mengajar anak-anak tentang adab meminta izin ini?
Melalui pengamatan saya, setelah berkecimpung di dalam arena pendidikan anak-anak selama hampir sepuluh tahun, saya dapati ramai di kalangan ibu bapa yang melihat proses mengasingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa sebagai satu perkara yang remeh.
Saya mendapati ramai ibu bapa yang masih tidur sebilik dengan anak-anak walaupun anak-anak telah menjangkau usia lima dan enam tahun, bahkan saya juga pernah bertemu dengan anak yang masih tidur di bilik ibu bapa walaupun sudah berumur tujuh atau lapan tahun.
Saya ingin menarik perhatian ibu bapa diluar sana tentang satu peristiwa yang saya lalui sendiri.
Pada suatu hari, seorang guru datang menemui saya.
“Kak syifa, ada seorang pelajar lelaki lima tahun dari kelas
saya selalu berkelakuan yang tidak sopan terhadap rakan-rakan perempuannya.
Saya dah cuba untuk menasihatinya, tetapi ia tidak memberi kesan. Dia tetap
melakukan perkara yang sama berulang kali, dan ia sangat membimbangkan saya.”
Cikgu Ida memulakan cerita dengan wajah penuh kebimbangan. Saya mendengar
dengan teliti.
“Kelakuan yang tidak sopan? Dia buat macammana?” Hati saya sudah
berdetap kencang, namun saya cuba mengawal perasaan agar kebimbangan saya itu
tidak menambah kerisauan yang bersarang di dalam diri Cikgu Ida. Cikgu Ida
merupakan seorang guru yang sangat prihatin, apa jua masalah yang berlaku di
tadika, pasti akan dibawa berbincang untuk menyelesaikannya.
“Dia buat benda-benda yang tak senonoh la kak, saya nak cerita
pun rasa malu.” Cikgu Ida cuba berbahasa dengan saya, wajahnya tertunduk
mungkin tidak sanggup hendak menceritakan perihal anak muridnya itu.
“Dia buat macamana Ida? Akak tak boleh nak tangkap apa yang Ida
cakap ni. Demi kebaikan anak-anak di tadika kita ni, cuba Ida ceritakan apa
yang berlaku sebenarnya.” Saya memujuk Cikgu Ida untuk bercerita dengan lebih
jelas. Perkataan ‘tidak senonoh itu terlalu umum untuk saya terjemahkan.
“Mmm… Mmm… Dia suka cium dan pegang-pegang budak perempuan la
kak… Pelajar-pelajar perempuan selalu mengadu dengan cikgu-cikgu, saya
bimbang jika perkara ini berlarutan ibu bapa akan membuat aduan, dan saya
bimbang jika pelajar perempuan yang diganggu itu tidak mahu lagi ke sekolah.”
Saya mengangguk-angguk sambil menumpukan sepenuh perhatian
kepada aduan beliau.
“Baru-baru ini, dia bermain dengan kawan-kawan di bawah meja,
kemudian tidak semena-mena dia mencium pipi seorang budak perempuan ni,
pelajar-pelajar lain yang melihat kejadian ini menjerit-jerit memberitahu
cikgu-cikgu manakala pelajar perempuan tadi sudah menangis, mungkin terasa malu
dan tidak selesa dengan kelakuan rakannya itu tadi.”
“Bila cikgu-cikgu bertanya kenapa dia buat begitu, dia hanya
terkulat-kulat memandang cikgu dan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu
bercakap, cikgu –cikgu sudah menasihatinya dan berpesan kepada pelajar-pelajar
lain agar tidak melakukan perkara yang sama. Namun, ia berulang lagi tengahhari
tadi. Nampaknya kita perlu melakukan sesuatu untuk membendung perkara
sebegini.” Panjang lebar Cikgu Ida menjelaskan kepada saya. Saya menelan air
liur yang terasa pahit.
“Oh begiitu, ada apa-apa lagi kelakuan yang tidak menyenangkan?”
Saya bertanya lagi
“Mmm… Dia juga selalu menyebut-nyebut perkatan “cium mulut”..
Ish akak, saya nak sebut pun malu rasanya.” Merona warna kemerahan di wajah
Cikgu Ida, malu. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Tidak menyangka anak
sekecil lima tahun sudah tahu perkataan-perkataan sebegitu. Saya beristighfar
berulang kali.
“Berat juga masalah ni, tapi Insya Allah masih boleh diubati dan
diselesaikan. Insya Allah, sama-sama kita hadapi masalah ini dengan berhikmah
dan bijaksana.” Saya menutup perbincangan dengan menawarkan diri untuk
menyelesaikan masalah ini secara serius.
Selepas perbincangan saya dengan Cikgu Ida hari itu, saya banyak
meluangkan masa untuk melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut
tanpa dia menyedari dia sedang diperhati.
Setelah beberapa waktu menyiasat perkara tersebut, terkejut saya
apabila saya bertanya : “Kamu tengok siapa buat macam ni? Kamu tengok di
televisyen?”
Anak kecil itu menggeleng lalu berkata: “Ibu dan ayah.” Terkedu
saya sebentar lalu beristighfar panjang.
“Kamu tidur di bilik kamu atau di bilik ibu ayah kamu?” Saya
bertanya lagi
“Bilik ibu ayah.” Pendek sahaja jawapannya
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya tiada cara lain selain
memanggil ibu bapa berkenaan untuk berbincang, dan ternyata ibu bapa itu
sendiri terkejut kerana mereka membayangkan bahawa anak-anak sudah tidur
sewaktu mereka ‘bersama’.
Kisah-kisah sebegini sebenarnya banyak saya dengar dari rakan
taulan pengusaha tadika yang lain. Bahkan satu kisah yang lebih teruk saya
dengar, seorang pelajar lelaki telah duduk di atas perut seorang pelajar
perempuan ketika pelajar itu tidur kerana melihat bapanya berbuat begitu
terhadap ibunya. Na’uzubillah.
Perkara sebeginilah yang perlu kita elakkan, jangan biar sudah berlaku sedemikian, baru lah kita ingin mengambil tindakan. Pada saya, bukan mudah untuk membaiki keadaan, kerana anak itu berkelakuan sedemikian diatas faktor pernah melihatnya sendiri. Malah, ia dilakukan oleh orang yang paling mereka percayai iaitu ibu bapa mereka sendiri! Bagi mereka apa yang dibuat oleh ibu bapa bukanlah perkara yang salah.
Yang lebih membimbangkan, anak kita bukanlah
seperti komputer yang boleh kita hapuskan sahaja maklumat yang tidak kita
ingini lagi dengan menekan butang ‘delete’. Sekali ia tersimpan di dalam memori
mereka, apakah caranya untuk memadamkannya?
Oleh itu wahai ibu bapa yang budiman, asingkanlah anak-anak dari bilik tidur kalian seawal mungkin, iaitu apabila anak sudah pandai meniru kata-kata dan tingkah laku kita. Walaupun ia proses yang agak sukar, namun kita mestilah serius untuk menjayakannya.
Jangan biarkan nasi menjadi bubur, kerana
kita tidak tahu mungkin anak kita tersedar dari tidur dan terlihat perkara yang
tidak sepatutnya. Berjaga-jagalah dari awal lagi.
Oleh itu, bagi kita umat Islam yang meyakini bahawa Al-Quran
adalah manual kehidupan yang paling lengkap dan terbaik, kita perlulah meyakini
bahawa Islam amat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dari sejak
mereka mula mengenal sifat malu, dan akhlak pergaulan yang baik serta
budiperketi Islam yang mulia.
Sehingga, apabila anak mencapai usia remaja, dia akan menjadi
satu contoh teladan yang mulia dalam kelakuan dan akhlaknya.
Betapa kerap berlaku sesuatu yang memalukan, apabila si anak
masuk ke dalam bilik tidur, dan terserempak melihat kedua ibu bapanya sedang
asyik dalam perhubungan seks. Kemudian si anak itu keluar dari situ seraya
bercerita sesama teman-temannya yang kecil. Dan berapa banyak pula yang
mengkhayalkan lakonan itu di dalam lintasan fikirannya ketika gambaran itu
berulang di dalam otaknya
Dan betapa banyak pula anak yang menyeleweng disebabkan dari
kecil telah merasa keinginan kepada seks dan telah melihat bagaimana caranya
berhubungan seks serta merasa kelazatannya.
Lantaran itu, maka wajiblah atas ibu bapa dan para pendidik
teguh dengan adab Al-Quran Al-Karim dalam hal mengajar anak meminta izin sejak dia
mula berakal. Mudah-mudahan anak-anak akan mempunyai akhlak yang mulia,
mempunyai peribadi Islam yang berbeza dengan yang lain serta menjadi penyejuk
mata kita di dunia dan akhirat.
Wallahua’lam
EmoticonEmoticon