Tuesday, June 25, 2013

Anak Takut vs Anak Hormat


ANAK TAKUT VS ANAK HORMAT

Salam Jerebu semua. Hari ini sengaja nak kongsi gambar anak-anak saya iaitu Orked & Seri. Maaf lah Seri masih belum pandai senyum dengan ayu lagi.



Mungkin ada kalangan anda dari posting saya sebelum ini rasa saya ni seorang bapa yang garang (merujuk kepada posting Roll Call yang saya rotan Orked di tapak tangan dulu). Mari saya cerita sedikit sainsnya :)

Pernah tak anda jumpa boss yang tegas gila-gila. Kadangkala peringkat dia cakap pun kita naik sentap hulu hati & jiwa rasa nak berhenti kerja time tu juga TETAPI selepas dia marah itu ataupun kemarahan itu jadi sangat akademik & motivatif. Lalu buat kita tak jadi nak berhenti kerja.

Pernah tengok Cikgu garang yang sangat tegas dan sangat serius? Saya rasa anda semua ingat cikgu-cikgu begini berbanding cikgu-cikgu yang tak kisah langsung anda nak datang sekolah atau tak, nak buat homework ke tak, nak pakai baju bersih atau tak, nak potong rambut atau tak dan macam-macam lagi. Cikgu yang cool memang disukai pada ketika itu tetapi Cikgu Garang juga yang dikenang sampai mati akan jasanya.

Begitu juga anak kita. Jika menegur & menghukum pastikan ia terkesan di dalam hati dan bukannya pada kulit dan tubuh badannya. Kesakitan pada tapak tangan hanya sekadar jentikan untuk serik sahaja dan ia bersifat akademik dengan tujuan mendidik. Ikutkan nabi, rotanlah anak jika tidak solat ketika umurnya 10 tahun. Maka pelajaran tentang solat itu dah diterap lebih awal lagi. Lepas 10 tahun tak solat nabi SURUH ROTAN (Kalau nabi suruh itu dah jatuh hukum WAJIB). Sebelum umur 10 tahun tidak pula dikatakan haram merotan tetapi sekadarnya untuk pendidikan boleh dilakukan. Jika budak tak kenal rasa sakit rotan yang diperkenalkan sebelum 10 tahun, masakan mereka akan kenal kesakitan rotan itu pada umur 10 tahun nanti.

Apapun, itu terpulang kepada anda semua. Tapi ingat, rotan juga yang membentuk peribadi Hitler dan rotan juga yang menjadikan Sultan Mehmet Alfateh. Apakah bezanya? Hitler dirotan tanpa diberikan tausiah akademik berbanding Alfateh yang dirotan oleh Sheikh-sheikhnya secara akademik dan ada pelajarannya. Hasilnya, Hitler memupuk rasa benci dan dendam sementara Alfateh membina rasa hormat & taat. Perbuatannya sama, penyudahnya sahaja yang lain dan kesannya jadi sangat berbeza.

Dengan cara itu, kita akan tetap jadi bapa yang disayangi anak-anak walaupun dalam ketegasan kita. Dari kes studi yang dibuat oleh kes-kes dirujuk ke Rumah Pengasih Warga Prihatin, 60% masalah akhlak anak yang dirujuk kepada kami langsung tidak pernah dirotan semasa kecil tetapi hanya mula dirotan selepas dah besar dan pandai melawan dan lari rumah. Selebihnya pula dirotan TANPA diberikan pelajaran dan pesanan.

Nampak beza?

Sekian perkongsian hari ini. Tengoklah gambar saya dengan anak-anak saya sampai muntah :)

PERKONGSIAN DARI SAIFUL NANG
Bapa Tegas Yang Disayangi Anak-anak ;)


EmoticonEmoticon

:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:o
:>)
(o)
:p
:-?
(p)
:-s
8-)
:-t
:-b
b-(
(y)
x-)
(h)