Wednesday, December 6, 2017

Hentikan Sebentar Gadjet Anak

Bila tiba musim cuti sekolah yang panjang begini, mulalah kita mak mama umi papa abi pening kepala memikirkan apalah aktiviti yang sesuai untuk anak-anak. Takkanlah nak bagi main  handphone, tengok tv, tengok wayang πŸ˜… je kan.

Kami belanja sedikit list yang kami sediakan untuk anak-anak kami. Semoga bermanfaat.
(senarai ini kami akan update dari masa ke semasa)


Gunting Kertas - Melatih Psikomotor anak

Penutup Botol - Fine motor skills




Melukis - Step by step tutorial 


Lego dan block shape (kayu)



Tambang Bas Sekolah 2018 di jangka naik sedikit...

Tambang Bas Sekolah 2018 di jangka naik sedikit...

IPOH: Tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2018 yang akan bermula Januari depan berkemungkinan besar akan dinaikkan berikutan peningkatan pelbagai kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak pengusaha.

Tambang Bas Sekolah 2018
Tambang Bas Sekolah 2018



Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan lagi berikutan pengusaha terpaksa menampung kos operasi yang semakin tinggi, terutama yang membabitkan kos baik pulih kenderaan yang semakin meningkat serta harga minyak yang tidak menentu.

"Jadi, kami menjangkakan kemungkinan akan ada kenaikan sebanyak RM10 bagi tambang bas di kawasan luar bandar dan RM20 bagi tambang bas sekolah dalam bandar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia Kali Ke-6 yang di Dewan Orang Ramai Taman Meru di sini, hari ini.

sumber : BHOnline

Monday, December 4, 2017

Tips Jemaah Umrah... Sila berwaspada dengan orang ini

AMBIL PERHATIAN KEPADA BAKAL JEMAAH UMRAH.

Berhati hati ketika berumrah
Berhati hati ketika berumrah




Manusia-manusia dalam bulatan yang saya kuningkan dibawah merupakan sendikit memaksa jemaah membayar sejumlah wang.

Mereka berlegar aktif di kawasan Jabal Rahmah di Arafah. Ketika jemaah sedang leka naik tangga Jabal Rahmah mereka secara tiba-tiba akan meletakkan selendang diatas kepala anda dan terus snap gambar dan siap print.

Selepas print mereka akan terus tunjuk pada anda dan memaksa anda bayar. Sekeping gambar 30 Riyal mereka minta.

Jemaah saya kena pagi tadi, dan saya cari budak2 ni semula dan tengking mereka (dalam bahasa arab). Saya minta mereka serahkan semula wang jemaah saya. Selepas ditengking baru mereka serahkan semula wang tersebut. Dia jangan ingat kita tak pandai cakap arab😎

Ada seorang jemaah malaysia kita tadi juga mereka ni pijak duit pak cik tu.
Rakan fb saya boleh ambil perhatian dan tag rakan2 atau saudara anda yang akan mengerjakan umrah dalam waktu terdekat ini.

Sila share jika ia bermanafaat untuk jemaah lain.
Syukran kathir semua.

Kredit : mohd firdaus hj atan dan fb destinasi percutian

Monday, November 27, 2017

Permohonan BR1M 2018 mula di buka hari ini

Permohonan BR1M 2018 mula di buka hari ini


KUALA LUMPUR 24 Nov. - Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dibuka mulai Isnin27 November 2017 sehingga 31 Disember ini.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2018 ( BR1M 2018 )
Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2018 ( BR1M 2018 )




Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, berkata permohonan dan kemas kini maklumat itu boleh dilakukan secara manual atau dalam talian melalui portal rasmi BR1M di


Bagi permohonan secara manual, borang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi Bandar LHDN.

"Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BR1M di http://bit.ly/checkbrim ," katanya.

Kementerian juga berkata pasangan kepada penerima BR1M tahun lepas yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun lepas perlu membuat permohonan baru bagi BR1M 2018.


Bagi penerima sedia ada, pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi Whatsapp dan media sosial yang lain.

"Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018 yang diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui lama sesawang http://bit.ly/checkbrim

"Kerajaan juga berharap dengan pemberian BR1M 2018 ini, serba sedikit dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat," menurut kementerian berkenaan.

SUMBER - BERNAMA

Tuesday, November 21, 2017

Kebaikan yang terdapat pada Habbatus Sauda

Apa itu Kebaikan yang terdapat pada HABBATUS SAUDA ?
Kebaikan Habbatus Sauda
Kebaikan Habbatus Sauda





Habbatus Sauda ialah sejenis makanan sunnah Rasulullah SAW. Baginda sangat menggalakkan umatnya untuk mengamalkan Habbatussauda kerana khasiatnya yang banyak.

ANTARA KHASIAT HABBATUS SAUDA dengan izin Allah SWT ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1. Membantu menguatkan sistem ketahanan badan,
2. Boleh Menambah sel-sel dalam badan.
3. Boleh Melancar sistem perjalanan darah.
4. Mengurangkan kolestrol dalam saluran darah.
5. Menambah hormon bagi kecerdasan mental & seksual.
6. Untuk merawat kesukaran bernafas.
7. Merawat asma.
8. Merawat radang paru-paru.
9. Merawat batuk yang kritikal.
10. Menyingkir tumor (barah/kanser)
11. Memulihkan fungsi buah pinggang, hempedu, hati & jantung
12. Membersihkan perut, angin dan menghancurkan gas.
13. Bantu Mengurangkan kahak
14. Membakar lemak
15. Memulihkan mandul dan mati pucuk.
16. Menambahkan keghairahan seks.
17. Membantu menyembuhkan kencing manis.
18. Membantu menyembuhkan darah tinggi.
19. Membantu menyembuhkan ghout.
20. Membantu menyembuhkan ulser.
21. Membantu menyembuhkan alahan dan jaundis.
22. Membantu menyembuhkan haid tak teratur, senggugut dan sakit puan.
23. Membantu menyembuhkan batu karang & sembelit.
24. Membantu menyembuhkan sengal-sengal badan, lenguh-lenguh dan sakit-sakit sendi.
25. Membantu Merawat resdung dan jerawat.
26 Membantu menyembuhkan gastrik & sakit perut.
27. Membantu menyembuhkan alergik, panau dan segala penyakit kulit.
28. Melancarkan buang angin
29. Mengurangkan pertumbuhan uban
30. Membantu Mencegah dan merawat kanser
31. Merendahkan paras gula dalam darah
32. Mengurangkan kemurungan.
33. Mengurangkan migrain
34. Mengatasi sembelit
35. Mengatasi keputihan
36. Menambahkan susu ibu untuk ibu yang menyusukan bayi

* Amalan berterusan boleh menjadi penawar bagi penyakit kronik.

"PADA HABBATUS SAUDA TERDAPAT PENAWAR UNTUK SEGALA PENYAKIT KECUALI MAUT"

Dari Abu Hurairah, Sabda RASULLULLAH S.A.W :
"Sesungguhnya HABBATUS SAUDA boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali AL-SAM"
Aku bertanya : "Apakah AL-SAM itu"?
Baginda menjawab : AL-SAM itu ialah MAUT"
(HADIS RIWAYAT BUKHARI)

Wednesday, November 15, 2017

Minta lah kepada Allah walaupun hanya Garam

Minta lah kepada Allah walaupun hanya Garam

Mudah

mari lah kita mendidik mentaliti diri kita  dan anak anak kita agar dari sekecil apa pun kita minta dengan Allah mudah mudahan bila perkara besar yang kita minta mudah untuk Allah makbulkan.

Mudah-mudahan video ini membawa sedikit manfaat kepada anda semua. terima kasih

Tuesday, April 11, 2017

11 Makanan yang boleh meningkatkan sistem imunisasi badan

salam hormat, semua hari ini admin ingin berkongsi mengenai beberapa makanan yang anda boleh ambil sebagai tambahan yang boleh di gunakan untuk meningkatkan imunisasi badan secara semulajadi....

1. Yogurt Asli
2. Teh Hijau
3. Bawang Putih
4. Orange
5. Tiram
6. Jus Lobak
7.Acai Berry
8. Tembikai
9. Kubis
10. Badam
11. Brokoli

jadi pastikan jika boleh dalam menu pemakanan harian kita sebagai ibu bapa pasti kan salah satu daripada senarai makanan di atas ada dalam menu kita dan anak anak kita. Ini sangat penting agar kita tidak menjalani kehidupan sehari hari dalam keadaan lemah dan kurang bertenaga.

Walaubagaimanapun admin nak berkongsi satu lagi pemakanan tambahan semulajadi yang boleh membantu mengembalikan sistem imunisasi badan dengan lebih cepat secara semulajadi. Contohkan kalau anak rasa macam nak demam ker, batuk kuat ke, samala juga situasinya dengan ibubapa...

anda boleh cuba mengambil makanan tambahan shaklee bernama nutriferon, ya ia sangat berkesan untuk mengembalikan kecergasan dengan lebih segera. insyallah.

Imunisasi Badan.
Cuma disini dosage untuk kanak kanak dan dewasa adalah berbeza. dewasa boleh ambil 1 paket, manakala kanak kanak pula setengah paket. Makanan tambahan ini hanyalah satu pilihan untuk anda kembali sihat dengan lebih cepat dan penyediaannya pun sangat mudah.